Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Thursday, July 19, 2012

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?

Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung. 

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi. 

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Tuesday, July 3, 2012

SISTEM SARAF PADA MANUSIA


Susunan Saraf Tepi

Saraf tepi (perifer) terdiri dari serabut saraf yang keluar dari saraf pusat ke arah organ tubuh tertentu. Sistem saraf tepi terdiri dari sistem saraf sadar dan sistem saraf tak sadar atau saraf otonom. Sistem saraf sadar berfungsi untuk mengontrol kegiatan tubuh yang cara kerjanya diatur oleh otak. Sedangkan saraf otonom berfungsi untuk mengontrol kegiatan tubuh yang cara kerjanya tidak dapat diatur otak, seperti sekresi keringat, denyut jantung dan gerak saluran pencernaan.


Beberapa urat saraf dari saraf tepi bersatu membentuk jaringan urat saraf atau pleksus. Macam pleksus: Pleksus cervicalis (di leher, mempengaruhi bagian leher, bahu, dan diafragma), Pleksus brachialis (mempengaruhi tangan), Pleksus Jumbo sakralis (mempengaruhi pinggul dan kaki).
Saraf kranial kebanyakan saraf sadar, kecuali nervus vagus yang merupakan saraf otonom.
Saraf otonom berasal dari otak ataupun sumsum tulang belakang menuju ke arah organ tertentu. Di sepanjang jalur menuju organ, urat saraf otonom terdapat banyak sinapsis dan ganglion. Saraf otonom meliputi susunan saraf simpatik dan para simpatik. Perbedaan saraf simpatik dan para simpatik berdasarkan pada posisi ganglion. Ganglion pada saraf simpatik menempel di sepanjang sumsum tulang belakang. Sedangkan ganglion saraf parasimpatik menempel pada organ yang dibantu kerjanya.


Cara kerja saraf simpatik selalu berlawanan dengansaraf parasimpatik (bersifat antagonis).

Simpatik
Parasimpatik
  • memperbesar pupil mata
  • menghambat keluarnya air ludah (saliva)
  • meningkatkan ekskresi keringat dan sekresi getah pancreas
  • menghambat sekresi enzim pada kelenjar pencernaan
  • menghambat kontraksi kandung kemih (vesica urinaria)
  • mempercepat denyut jantung
  • menambah volume darah
  • memperbesar pembuluh darah koroner
  • mempersempit  pembuluh darah arteri paru-paru dan arteri pada organ kelamin
  • melebarkan cabang tenggorok (bronkhia)
  • mengkerutkan kura (limpa)
  • menyebabkan kontraksi (meremas) rahim pada saat kehamilan dan relaksasi rahim pada saat tidak ada  kehamilan
  • mengecilkan pupil mata
  • membantu (stimulasi)keluarnya air ludah (saliva)
  • menurunkan ekskresi keringat  dan sekresi getah pancreas
  • menstimulasi sekresi enzim pada kelenjar pencernaan
  • mengerutkan kantung kemih (vesica urinaria
  • memperlambat denyut jantung
  • mengurangi volume darah
  • mempersempit pembuluh darah koroner
  • memperbesar pembuluh darah arteri paru-paru dan arteri pada organ kelamin
  • mempersempit cabang tenggorok (bronkhia)
  • melebarkan kura (limpa)
  • tidak berpengaruh pada kontraksi dan relaksasi rahim

 




Sistem Saraf

Bangkitkan Motivasi Diri


Tidak kira sebanyak mana buku yang kita baca atau kursus yang dihadiri atau pakar yang memberi kata-kata motivasi, tetapi sekiranya kita tidak mahu diri sendiri bermotivasi, maka tidak ke mana juga. Motivasi yang paling penting datangnya daripada diri kita sendiri dan bukan dari orang lain. Berikut adalah cara-cara memotivasikan diri kita sendiri boleh anda praktik.
1. Mempunyai Matlamat
Matlamat adalah kunci kepada motivasi diri. Bab pertama buku-buku motivasi pastinya dipenuhi dengan cara menetapkan matlamat diri. Matlamat tidak semestinya sesuatu yang besar, hebat dan jauh untuk dicapai. Ada kalanya, matlamat yang terlalu besar akan menjatuhkan motivasi sekiranya dilihat mustahil untuk dicapai.
Matlamat yang dipecahkan kepada unit yang lebih kecil adalah satu cara memberi motivasi untuk mencapai matlamat besar. Oleh itu, pecahkan matlamat kita kepada sesuatu yang mudah dicapai.
2. Letakkan Desakan
Letakkan desakan atas diri sendiri. Kebanyakan daripada kita memerlukan “a sense of urgency” untuk menolak diri melakukan sesuatu. Ingat kembali ketika zaman belajar, sering kali perkataan “study last minute” menjadi amalan.
Bila menghampiri deadline assignment, masa tu lah kelam kabut untuk menyiapkannya. Memberi desakan kepada sesuatu perkara akan menjana semangat yang luar biasa. Oleh itu, dalam apa sahaja yang ingin kita capai, letakkan desakkan ke atas diri sendiri.
3. Fikirkan Kesengsaraan
Fikirkan kesengsaraan sekiranya kita tidak melakukan sesuatu itu. Manusia melakukan sesuatu dengan sebab mendapat kebahagiaan dan mengelakkan kesengsaraan. Daripada dua sebab itu, mengelakkan kesengsaraan memberi impak emosi yang lebih mendalam oleh kerana memberi ketakutan.
Sering kali kita akan mendapat semangat yang ekstra apabila memikirkan kesengsaraan yang akan terjadi dan kesan emosi pada diri. Sebab ini juga kisah kejayaan sering kita dengar berpunca daripada mereka yang susah dan melalui jalan hidup yang sukar terlebih dahulu.
4. Cari Pencetus Semangat
Apakah pencetus semangat anda? Ia berbeza daripada seorang kepada seorang yang lain. Mungkin pencetus semangat anda adalah keluarga dan anak-anak. Mungkin juga, pencetus semangat adalah melalui membaca ataupun pencetus semangat adalah melihat alam semula jadi.
Kenali apa pencetus semangat anda – sesuatu yang memberi semangat luar biasa untuk melakukan sesuatu yang juga luar biasa. Apabila anda ketahui apa pencetus semangat anda, maka luangkan banyak masa ke arah pencetus tersebut. Penuhi minda dan juga diri dengan semangat yang dihasilkan.
5. Suara Dalaman
Bercakap dengan diri sendiri. Mungkin tidak perlu sehingga keluar suara tetapi bercakap dalam minda bahawa kita boleh melakukannya, kita pasti mencapainya dan tiada apa yang boleh menghalang kita. Kata-kata positif ini akan menjadi pemangkin untuk mencapai kecemerlangan.
Sering kali kita mengharap suara orang lain memberi sokongan dan dorongan. Sebenarnya yang lebih penting adalah suara dalaman dan bukan daripada orang lain. Penuhi minda anda dengan kata-kata positif bersuarakan diri sendiri.
6. Upah Diri Sendiri
Selepas bekerja dan berusaha keras serta mendapat pulangan, jangan pula lupa untuk upah diri anda sendiri. Mengupah diri sendiri umpama menghadiahkan sesuatu kepada diri atas hasil kerja yang baik. Semua orang suka hadiah termasuk daripada
diri sendiri.
Memberi hadiah pada diri sendiri bukan sahaja bermaksud barangan material – tidak salah jika ini yang anda mahu. Ia mungkin juga bermaksud mengambil time-off atau berhenti dan berehat daripada kerja untuk kumpulkan dan recharge kembali motivasi supaya sentiasa dalam keadaan yang tip top.
Cari jalan untuk memberi motivasi kepada diri sendiri. Jangan harapkan motivasi datang dari tempat lain kerana ia bukan di bawah kawalan kita. Yakin dan sentiasa harapkan motivasi terbaik datang daripada dalaman kita sendiri.