Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Wednesday, September 12, 2012

Urat saraf di leher



Manusia sebagaimana yang tercatat dalam al-Quran adalah makhluk tuhan yang paling mulia dan paling elok kejadiannya.Keelokan dan kesempurnaan manusia tidak terbatas pada bentuk fizikal,tetapi dari segi kejiwaan,seperti tersebut dalam al-Quran,surah al-Infitar ayat 7 dan 8.

Jasad manusia adalah terdiri daripada sel-sel,otot(muscle),tulang(anatomy),saraf(nerve),darah(blood) dll.Jasad manusia pula diibaratkan sebagai sebuah jentera automatik yang sentiasa bertugas siang dan malam tanpa mengira waktu secara berterusan sehinga ke akhir hayat.
Sistem saraf untuk kesejahteraan badan manusia.Tugas utama saraf ialah menyelaraskan kerja-kerja dalam badan,seperti pengaliran darah, pernafasan dan sebagainya.Segala tugas ini dikawal oleh sistem saraf agar dapat berfungsi dengan sempurna.Organisasi badan manusia terdiri daripada beribu-ribu urat saraf samada yang kecil mahupun yang besar.Organisasi saraf manusia dapat dibahagikan kepada 2 bahagian,iaitu sistem saraf pusat dan sistem saraf pinggir.Sistem saraf ini pula terdiri daripada 2 jenis sel iaitu sel biasa yang berfungsi untuk pertumbuhan tubuh manusia dan sel saraf atau neuron yang berfungsi untuk menyampaikan mesej dari lain-lain bahagian badan manusia ke otak.Dalam kajian ini,tumpuan perbincangan hanya kepada hubungan sel saraf kepada manusia.
Sel saraf terdiri daripada berjuta-juta sel yang menghubungkan otak dengan lain-lain bahagian badan.Setiap badan sel terdiri daripada 3 bahagian,iaitu badan sel yang berisi dengan sitoplasma,akson satu tunjalan terpanjang dan dendrit yang merupakan tunjalan-tunjalan pendek.
Sistem saraf pusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang,yang bertugas sebagai pengawal dan penyelaras segala aktiviti badan.Sementara sistem saraf pinggir pula bertugas sebagai sistem yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan penerima dan penjejas atau dikenali juga sebagai saraf yang mrnghubungkan organ-organ deria,kelenjar dan otot dengan sistem saraf pusat.Misalnya penerima organ-organ deria sentiasa memberi maklumat dari otak mengenai keadaan yang berlaku di dalam dan di luar badan.Organ-organ deria ini peka terhadap rasa sakit,sentuhan,bunyi,suhu dan cahaya.Sementara penjejas pula termasuklah semua struktur yang bergerak balas terhadap maklumat yang diterima dari sistem saraf,seperti otot dan kelenjar.

Hubungan Otot Dan Saraf.

muscle 300x215 Sistem Saraf Dalam Tubuh ManusiaOtot dan saraf mempunyai kaitan rapat dari segi susunan dan fungsinya.Setiap pergerakan yang dilakukan oleh tubuh organisma menggunakan otot dan saraf.Tindakan antara otot dan saraf adalah saling berkaitan antara satu sama lain,tidak dapat dipisahkan.Bahagian-bahagian otot utama ialah urat belikat(the dorsal muscle),urat amris(otot pada leher),otot jantung betis(anjing-anjing),jantung paha dan jantung atau buah lengan(otot besar di bahagian depan lengan dari siku ke pergelangan tangan).
Terdapat 3 jenis otot iaitu otot rangka,otot licin(polos),dan otot kardiak.Hampir semua otot rangka yang juga dikenali sebagai otot berjalur terlekat pada tulang-tulang rangka melalui jalur yang berupa tali yang disebut tendon.Tendon ialah urat yang menghubungkan sendi ke tulang seperti urat keting,urat pengandar dan urat pengetul iaitu urat di belakang lutut.
Dalam otot rangka terdapat otot fleksor dan otot ekstensor.Otot-otot ini terdapat pada setiap sendi tubuh,seperti otot pada sendi lutut,tumit dan di setiap sendi jari kaki dan tangan.Kedua-dua jenis otot ini bekerja secara berlawanan antara satu sama lain.Setiap otot boleh menyebabkan organ membengkok dan satu organ lagi melurus.Otot-otot yang membengkokkan sendi siku disebut fleksor,sementara otot yang meluruskan sendi siku disebut ekstensor.Otot-otot ini akan terus berperanan,kecuali sekiranya berlaku gangguan pada sistem saraf dan otot akibat kecederaan atau penyakit.
Otot licin,yang juga dikenali sebagai otot polos ialah otot yang melapisi sebahagian besar daripada internal tubuh,seperti usus,pundi kencing dan rahim.Otot licin ini juga melapisi salur darah.Otot licin adalah otot luar kawal,kerana ia bergerak tanpa kawalan otak.Otot kordiak pula ialah otot jantung yang juga merupakan otot luar kawal.Walau bagaimanapun otot licin berbeza dengan otot kordiak,kerana ia akan bergerak meskipun tanpa ransangan daripada saraf.Dalam kebanyakan pergerakan badan,saraf akan menghantar utusan(impuls) di sepanjang sistem saraf.Otot yang menerima impuls saraf dari otak akan dirangsangkan untuk bergerak.

sel saraf pada manusia 300x180 Sistem Saraf Dalam Tubuh Manusia



Fungsi Saraf.

Saraf memainkan peranan penting untuk mengalirkan impuls dari satu neuron ke satu neuron yang lain,di samping berperanan menyempurnakan aktiviti badan.Saraf juga menyatukan berbagai maklumat yang sampai kepadanya dan mengakibatkan gerakbalas untuk kebaikan organisma.Penyatuan ini berlaku di kesemua peringkat dalam sistem saraf.Dalam bentuk yang paling ringkas,saraf ini terdapat dalam batang spina yang kebetulannya merupakan pusat bagi beberapa tindakan refleks.

Pada manusia,sentakan lutut adalah contoh tindakan refleks.Kadang-kadang doktor melakukan sentakan lutut untuk menentukan samada seseorang itu normal atau tidak.Doktor akan mengetuk lutut seseorang ketika duduk dengan kaki terlepas bebas.Keadaan ini boleh merenggangkan otot.Suatu isyarat disampaikan di sepanjang saraf deria ke saraf tunjang.Neuron-neuron lain akan menyampaikan isyarat itu kepada neuron-neuron motor,sehinggalah sampai ke otot yang sama.Kemudian sel saraf motor di saraf-saraf tunjang dirangsangkan,menyebabkan otot kaki mengecut,sehinggalah lutut tersentak.
Tubuh manusia terdiri daripada sel-sel yang bergabung bersama untuk membentuk tisu-tisu badan.Setiap jenis tisu mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri.Saraf kranium terbahagi kepada 12 pasang saraf,yang bermula di otak dan menular ke bahagian lain di tubuh.Antaranya ialah menghala ke organ bau di hidung dan sebagainya.Sementara saraf spinal pula terbahagi kepada 31 pasang,yang berasal dari saraf tunjang di bahagian belikat.

Kebanyakan aktiviti badan berpusat di otak.Dari otak,impuls bergerak ke bahagian bawah mengikut saraf tunjang dan di sepanjang saraf ke tisu-tisu badan,menyebabkan tindakbalas akan berlaku.Otot akan bergerak apabila dirangsangkan oleh saraf yang membawa utusan dari otak,hasil daripada keputusan secara sedar.Walaubagaimanapun,tidak semua otot bergerak di bawah kawalan otak.Tisu jantung misalnya bergerak,tanpa kawalan otak kerana tisu ini mengandungi otot luar kawal.Begitu juga dengan otot yang melapisi dinding perut dan usus yang sentiasa bergerak menolak makanan di sepanjang salurannya,ketika makanan dicernakan.Kedua-dua gerakbalas tadi berlaku secara luar kawal saraf.


Penyakit-Penyakit Gangguan Saraf.




Dalam huraian yang bterdahulu,jelas menunjukkan betapa pentingnya saraf dalam menggerakkan semua bahagian badan.Oleh itu,sekiranya perjalanan fungsi saraf kurang lancar,badan akan menjadi dingin,menyebabkan daya ketahanan tubuh menjadi lemah dan tidak bertenaga.Akibatnya badan akan mudah menerima gangguan penyakit.Terjadi demikian kerana kesihatan tubuh seseorang bergantung kepada keadaan perjalananan  saraf,yang berfungsi sebagai alat komunikasi.
Penyakit tidak hanya berpunca daripada kuman,seperti bakteria dan virus,kekurangan zat makanan,kelebihan zat makanan,keracunan makanan (food poisoning) atau akibat sampingan ubat yang dimakan,tetapi disebabkan oleh gangguan saraf (Terjodiprono).Dalam banyak kes,penyakit gangguan saraf selalunya berbeza dengan penyakit gangguan psikologi,meskipun kedua-dua penyakit ini berpunca daripada gangguan saraf.Penyakit gangguan saraf biasa seperti tersalah urat,lemah alat kelamin (impotency),kelumpuhan dan sebagainya,memerlukan rawatan pakar urat saraf (neurologi).Sementara pesakit saraf otak yang membawa seseorang hilang ingatan atau gila,memerlukan rawatan pakar psikiatri.
Penyakit gangguan saraf mungkin berpunca daripada amalan pemakanan,perlakuan atau kecederaan akibat kemalangan,menyebabkan saraf putus,disaluti lemak atau lendir,menyebabkan tidak dapat berfungsi normal.Kerosakan saraf misalnya mungkin menyebabkan darah tidak dapat berjalan dengan baik ke bahagian-bahagian tertentu di badan.Apabila saraf tidak berfungsi seperti biasa,badan terdedah kepada berbagai jenis penyakit saraf seperti krem(kreme),sakit sendi,sengal-sengal tulang(rheumatism),lenguh-lenguh badan,kebas kaki tangan(numbness),sakit kepala(headache),sakit pinggang(lumbago),lemah alat kelamin(impotency),lemah urat peranakan,lumpuh(paralysis),tergeliat(streaching) dan lain-lain.
Penyakit lumpuh pada kebiasaannya terjadi pada orang dewasa,yang mencapai umur lebih daripada 40 tahun.Pada kebiasaannya penyakit ini dikaitkan dengan lemah jantung.Lumpuh juga berpunca daripada darah beku di bahagian tertentu otak,yang berkaitan dengan bahagian-bahagian tertentu pada badan.Keadaan ini menyebabkan impuls saraf yang menguasai kegiatan,tidak dapat diteruskan ke hujung saraf sehingga otot-otot tidak dapat bergerak atau berfungsi.Inilah antara sebab-sebab berlakunya kelumpuhan,samada lumpuh seluruh badan,separuh badan atau mana-mana anggota badan tertentu.
Amalan perlakuan dan pemakanan harian seseorang juga boleh mengakibatkan penyakit gangguan saraf.Amalan menahan kencing misalnya,jikalau dilakukan secara berterusan,menjadi punca sakit karang(gonorrhoea), atau sakit uluran(testicular swelling) di kalangan kaum laki-laki.Amalan ini juga boleh menyebabkan terjadi bengkak di bahagian pundi-pundi kencing yang mengakibatkan seseorang kerap kencing.Lama kelamaan tabiat ini boleh menyebabkan sakit kencing bernanah.Pundi-pundi kencing yang membengkak,boleh menyebabkan merebaknya lain-lain penyakit gangguan saraf,seperti lemah alat kelamin,sakit pinggang(lumbago),sakit kepala,darah tinggi dsb.
Menurut seorang bomoh yang juga tukang urut tradisional,penyakit ini lebih mudah merebak sekiranya seseorang itu memakan makanan yang dianggap sejuk seperti pisang,tembikai,nangka,bayam dan beberapa jenis sayuran lain,meminum minuman sejuk atau yang mengandungi air batu.
Oleh kerana kesempurnaan saraf itu penting,berbagai-bagai cara dilakukan oleh orang Melayu tradisional untuk menjaga dan memulihkannya,sekiranya ia tidak berfungsi normal.Salah satu cara yang diamalkan ialah dengan mendapatkan rawatanurut tradisionalyang dilakukan oleh orang yang pakar mengenainya.Ketika rawatan urut tradisional,tukang-tukang urut tradisional juga menggunakan bahan-bahan bantuan seperti minyak urut atau air yang telah didoakan atau dijampi.Minyak urut tradisional digunakan untuk melicinkan proses rawatan urut tradisional,selain mengelakkan kesan sakit akibat urutan dari rawatan urut tradisional tersebut.
Selain mendapatkan rawatan urut tradisional,pantang larang amalan-amalan tertentu juga perlu dipatuhi,samada pantang larang perlakuan mahupun pemakanan.Pesakit gangguan saraf ditegah melakukan kerja-kerja berat dan pantang memakan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai sejuk.Sebaliknya pesakit digalakkan memakan makanan yang dianggap panas,seperti halia (Zinglber officinale),lengkuas(Alpinia),lada hitam(Piper nigrum) dsb.
Salah satu bahan yang elok dimakan untuk memanaskan badan ialah jintan hitam,atau yang juga dikenali sebagai “habbah sauda”(Nigella sativa).Ianya disarankan ole Rasulallah s.a.w dalam sabdanya.
Cara terbaik untuk memakan ramuan ini ialah dengan menjadikannya serbuk dan dimasukkan dalam kapsul,ataupun dijadikan makjun.Untuk menjadikannya ubat dalam kapsul,setengah kilo jintan hitam diperlukan.Pilih jintan hitam yang masih segar,iaitu yang tidak dimakan ulat ataupun terlalu lama dalam simpanan.Jemur dan ayak untuk mengasingkannya daripada bahan-bahan yang tidak diperlukan seperti pasir,habuk juga lain-lain campuran.Kemudian digoreng tanpa minyak dalam kuali,di atas api yang sederhana besarnya sambil membalik-balikkan bahan tadi dengan sudip terus menerus.Pastikan bahan ini tidak terlalu garing di atas kuali.Ia memerlukan tiga suku masak sahaja.
Tumbuk atau mesin bahan ini sehingga halus setelah sejuk.Kemudian dimasukkan dalam kapsul.Ambil 3 biji kapsul setiap hari pagi dan petang selepas sarapan atau makan malam.Bahan ini boleh juga dimakan begitu sahaja tanpa memasukkan dalam kapsul,iaitu dengan mengambilnya sebanyak 2 sudu camca dengan mencampurkannya dengan air setengah gelas untuk diminum setiap pagi dan petang.

Untuk menjadikannya makjun,serbuk jintan hitam yang telah cukup halus dicampur dengan buah kurma yang telah ditumbuk lumat dan e9 300x182 Sistem Saraf Dalam Tubuh Manusiadiuli,dengan memcampurkannya sedikit madu asli.Kemudian digintil bulat sebesar ibu jari setiap satu.Lumurkan sedikit minyak kelapa asli sebelum disimpan dalam bekas.
Pesakit juga perlu melakukan senaman ringan selepas diurut dengan rawatan urut tradisional.Pantang larang,petua dan amalan perlakuan pemakanan ini sebenarnya tidak dapat dipisahkan daripada kaedah perubatan Melayu tradisional.Malah ianya dianggap satu kemestian untuk membantu memulihkan sesuatu penyakit,termasuklah pemulihan urat saraf.




Tuesday, September 11, 2012

Kencing Manis


Ramai wanita tidak menyedari mereka boleh menghidap penyakit kencing manis atau diabetes ketika hamil walaupun pada zahirnya mereka sihat dan tidak pernah menghidap penyakit tersebut. Ini adalah disebabkan oleh kandungan hormon khusus hormon estrogen dan progesterone yang meningkat dengan begitu tinggi semasa hamil. Hormon ini mempunyai kesan terhadap metabolisme gula dalam badan seseorang. Kesan peningkatan hormon tersebut menjadikan kandungan gula dalam darah meningkat. Jika sistem perimbangan hormon tidak berjalan lancar, khususnya jika hormon insulin yang dikeluarkan tidak cukup untuk menurunkan paras gula dalam darah, maka suatu keadaan diabetes akan timbul.
  Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi kencing manis sebelum hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya dikawal dengan mengurangkan pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil. Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap bayi dalam kandungan dan jugap ada ibu yang sedang mengandung.
  Sesetengah wanita mempunyai potensi untuk menghidap poenyakit diabetes ketika hamil. Ciri-ciri ini seperti berikut:
·  Jika ahli keluarga terdekat seperti ibu, nenek, adik beradik menghidap penyakit kencing manis, wanita itu juga mempunyai kemungkinan menghidap penyakit yang sama. Ada kemungkinan, penyakit ini timbul.
·   Wanita yang pernah mengalami keguguran khususnya keguguran berulang-ulang kali atau keguguran yang berlaku selepas kehamilan mencapai ke peringkat empat bulan atau lebih.
·   Wanita yang pernah melahirkan anak terlalu besar khususnya melebihi 10 paun.
·   Wanita yang pernah mengalami masalah kerumitan bayi dalam rahim atau bayi mati sebaik sahaja dilahirkan.
·   Wanita yang terlalu gemuk iaitu melebihi had timbangan bagi ukuran tingginya.
·   Wanita yang pernah melahirkan anak cacat.
  Jika anda termasuk dalam golongan di atas, sebaiknya dapatkan jagaan dan pemeriksaan rapi ketika hamil supaya gejala tersebut tidak berulang dalam kehamilan berikut. Kencing manis juga boleh dikawal pada kehamilan seterusnya.
  Penyakit diabetes yang tidak terkawal dan tidak stabil, boleh menimbulkan  berbagai-bagai gejala kepada kandungan.
Keguguran di peringkat awal boleh berlaku dan lebih kerap terjadi di peringkat empat hingga lima bulan. Kematian bayi dalam kandungan boleh berlaku sebelum dilahirkan. Biasanya jika tidak mati dalam kandungan timbangan bayi yang dilahirkan itu lebih berat dari bayi normal. Bayi yang besar ini, boleh menimbulkan kesukaran ketika lahir. Kadangkala keadaan ini boleh menjejaskan proses kelahiran sehingga kelahiran secara normal tidak boleh berlaku dan pembedahan perlu dilakukan. Bayi yang terlalu besar akibat diabetes juga boleh menimbulkan kesulitan ketika melahirkannya secara forsep atau cara lain. Ada kemungkinan kepala bayi atau bahunya akan menimbulkan kecederaan atau kematian. Bayi yang dilahirkan oleh ibunya yang menghidap penyakit diabetes juga boleh mengalami masalah pernafasan atau kekuningan (jaundice). Jika bayi mengalami masalah pernafasan, keadaan ini bnoleh mengakibatkan kematian pada peringkat awal iaitu sejurus selepas dilahirkan.

Apakah Kesan Diabetes Kepada Ibu?

Seperti yang dijelaskan, wanita yang mempunyai ciri untuk menghidap penyakit ini, berkemungkinan akan mendapatnya. Proses ini dicetuskan melalui kehamilan khususnya jika ia berlaku berulang-kali. Kehamilan adalah dianggap sebagai satu keadaan yang menekan (stress) perimbangan hormon. Setiap kali kehamilan berlaku tekanan ini akan mengganggu perimbangan hormon, yang akhirnya akan mencetuskan penyakit diabetes. Penyakit kencing manis biasanya menjadi lebih terus dan tidak stabil di kalangan wanita hamil yang telah diketahui menghidap penyakit ini. Dia memerlukan ubat-ubatan atau suntikan yang lebih daripada dos biasa. Penyesuaian ubat adalah penting dilakukan dengan rapi untuk mengatasi masalah yang mungkin dialami oleh bayi dalam kandungan.

Apakah Tanda Kencing Manis?

Biasanya penyakit kencing manis ketika hamil tidak mempunyai sebarang tanda. Oleh itu, jika wanita hamil itu mempunyai ciri-ciri seperti yang saya nyatakan tadi, penting baginya menjalani ujian air kencing. Wanita hamil perlu mendapat jagaan waktu mengandung sejak diperingkat awal. Jika dia didapati menghidap penyakit diabetes, rawatan sewajarnya boleh diberikan. Biasanya air kencing penghidap penyakit diabetes didapati mengandungi gula.Walaupun begitu, tidak semua air kencing wanita hamil yang mengandungi gula menghidap penyakit diabetes. Sesetengah mereka hanya mengalami masalah di buah pinggang. Organ tidak boleh menahan kebocoran gula daripada darahnya mengakibatkan gula keluar menerusi air kencing. Ini boleh berlaku ketika wanita itu hamil kerana mekanisme penapisan gula dalam buah pinggang menjadi lemah. Walaupun demikian ini tidak menandakan satu penyakit.
  Untuk memastikan sama ada wanita hamil itu menghidap penyakit diabetes atau tidak, satu ujian khusus yang digelarglucose tolerance test (GTT) dilakukan. Ujian ini dilakukan setelah wanita itu berpuasa pada sebelah malam dan paginya. Air gula akan diberikan setelah darahnya diambil dan air kencingnya diperiksa. Kemudian contoh darah dan air kencing diambil setiap setengah jam sekali sehingga dua jam lamanya. Melalui ujian ini satu bentuk graf boleh didapati dan dari sini akan dapat ditentukan sama ada seseorang wanita itu menghidap penyakit diabetes atau tidak.

Cara Menangani Masalah Kencing Manis

Sebagai langkah pertama, wanita itu mestilah menentukan badannya tidak terlalu gemuk. Berbagai-bagai jenis penyakit boleh berlaku akibat kegemukan, khususnya ketika mengandung. Dalam hal ini setiap wanita perlu mengawasi timbang beratnya supaya sepadan dengan ukuran tingginya.
  Jika seseorang wanita melebihi had timbang beratnya, dia perlu mendapat nasihat daripada pakar pemakanan mengenai bahan dan cara pemakanan yang sewajarnya. Wanita yang mempunyai ciri-ciri penyakit ini perlu sentiasa berwaspada dan mendapat nasihat doktor kemungkinan dia mendapat penyakit diabetes apabila hamil. Ketika hamil pula dia perlu mendapat jagaan dan pemeriksaan air kencing dengan secepat mungkin.
Kawalan makanan khususnya makanan yang mengandungi pula dan zat kanji seperti nasi, roti atau mi adalah sangat penting ketika mengandung. Pemakanan ini perlu dikawal dengan rapi dan tidak boleh diambil berlebihan kerana dikhuatiri akan berlaku penyakit kencing manis dan darah tinggi. Sebaliknya makanan waktu hamil hendaklah mengandungi bahan atau zat protein, vitamin dan zat logam seperti besi yang terdapat dalam daging, ayam, sayur-sayuran dan bijian kacang.
  Jika didapati seseorang wanita itu menghidap penyakit kencing manis, dia perlu mendapat rawatan yang rapi dari doktor pakar. Biasanya jagaan waktu hamil dan rawatan diabetes dilakukan bersama oleh pakar perbidanan dan doktor pakar perubatan. Ubat antidiabetes atau suntikan ubat insulin perlu disesuaikan dengan keadaan diabetesnya. Ini perlu pengawasan dan kawalan yang rapi supaya ia tidak melebihi atau tidak kurang daripada dos yang dikehendaki.
  Biasanya ibu hamil yang mengalami diabetes, akan melahirkan anak secara normal sekiranya dia mendapat jagaan yang rapi. Andainya timbul sesuatu masalah seperti penyakit kencing manisnya tidak boleh distabilkan atau ada tanda yang menunjukkan bayi dalam kandungan terancam nyawanya, ada kemungkinan kelahiran dilakukan secara pembedahan. Keadaan ini jarang berlaku. Sebahagian besar ibu ini bersalin secara normal, walaupun ada sebilangan kecil yang perlu melahirkan anak lebih cepat menerusi induction of labour.
  Penyakit diabetes tidak begitu membahayakan ibu pada keseluruhannya, tetapi ia boleh mengancam kandungan. Kadar pembaziran menerusi pengguguran zuriat dan kematian bayi adalah lebih tinggi di kalangan ibu ini. Dewasa ini kejadian penyakit diabetes semakin berleluasa kerana biasanya penghidap diabetes mempunyai jangka hayat yang normal dan mereka melahirkan anak yang berkemungkinan besar akan menghidap penyakit tersebut.
  Dengan keadaan sosioekonomi lebih baik, wanita kita tidak dapat mengawal pemakanan mereka. Timbang berat melebihi had normal dan ini mendedahkan mereka kepada risiko penyakit diabetes ketika hamil.