Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Monday, March 25, 2013

Rawatan sakit batu karang - guna Minyak Traditional Malaysia















Sakit Batu Karang
Puncanya: Adalah daripada urat pundi bengkak.
Cara kita rawatkannya:
Sapu minyak traditional malaysia pada perut sehingga ke pundi kencing. Lakukan 1 hari 3 kali sahaja.
Selamat menggunakannya, InsyaAllah sembuh!

Saturday, March 23, 2013

Cara Rawatan Sakit Lutut

Knee pain
Punca sakit lutut disebabkan urat saraf membengkak.
Cara rawatan:
Urut dibahagian depan dan dibahagian urat belakang punggung sehingga hilang rasa sakit. Tempoh di syorkan 1 hari 2 kali SAHAJA.

Thursday, March 21, 2013

Cara Rawatan Darah Rendah serta Sakit Stroke/Jantung/Darah Tinggi mengunakan Minyak Traditional Malaysia












1. Darah Rendah
Saraf sebelah kanan bengkak berpunca daripada tekanan darah.

2. Sakit Jantung/Darah Tinggi/Stroke
Sarafd membengkak di tepi ketiak disebabkan tekanan darah berpunca dari saraf ( tekanan jantung tidak stabil ). Punca sakit jantung ( saraf membengkak seluruh badan ).

Cara rawatan.
Urut keseluruhan anggota badan (kecuali mata) 1 hari 3 kali sahaja, sehingga penyakit kita pulih.

Tuesday, March 19, 2013

Eh betul ke, Payu Dara Panjangkan Usia Lelaki

Merenung payudara wanita selama 10 minit mampu memanjangkan usia lelaki antara 5 hingga 6 tahun. Bukan jenaka tetapi itulah hasil penemuan sekumpulan penyelidik selepas 5 tahun menjalankan kajian ke atas 200 lelaki tulen di Eropah. Kajian yang diketuai oleh penyelidik wanita iaitu Dr Karen Weatherby di dalam New England Journal Of Medicine menyatakan bahawa renungan selama 10 minit sehari itu bersamaan dengan 30 minit bersenam di gimnasium.

Monday, March 11, 2013

Renungan Sejenak.....sudah Anda melaksanakannya?



SENARIO PENGURUSAN HARTA PUSAKA MASAKINI !
Pengurusan harta pusaka di kalangan umat Islam di Malaysia masakini
JAUH TERKEBELAKANG dan SEMAKIN MEMBIMBANGKAN
jika dibandingkan dengan tuntutan dari sudut agama!
tuliswasiat
MILIKI DOKUMEN WASIAT ANDA SEKARANG!
Keterangan selanjutnya: http://rakanmukmin.com/42 atau boleh hubungi terus ke aroslan@operamail.com

Thursday, March 7, 2013

HUTANG TIDAK BERBAYAR


Dalam pengurusan harta pusaka Islam, melunaskan tanggungan hutang si mati merupakan satu tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh pentadbir atau waris-waris si mati dan hendaklah disegerakan!
Hutang Beban Dunia Azab Akhirat
Cuba kita lihat beberapa hadis Nabi s.a.w. mengenai pelunasan atau penyelesaian hutang selepas kematian ini.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Roh seseorang Mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutang itu dijelaskan (oleh saudara-maranya)”.
Riwayat At-Tirmidzi, Imam Ahmad dan Imam Ibnu Hibban
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”.
Riwayat An-Nasa’i
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”.
Riwayat Muslim
Bukankah ini satu ISU BESAR kepada orang yang beriman kepada
HARI KEMUDIAN? Oleh itu…
ANGAN AMBIL MUDAH SOAL HUTANG!
rujukan:  http://rakanmukmin.com/42

Monday, March 4, 2013

Langkah jantung sihat


RISIKO penyakit jantung bermula sejak kecil dan tabiat buruk menjadikannya lebih teruk. Penyakit jantung adalah penyakit senyap. Tiba masanya akan wujud simptom – sama ada serangan jantung atau strok – ia sudah terlambat,” kata Pakar Perunding Kardiologi Datuk Khoo Kah Lin, Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM) dan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Mengulas lanjut, beliau berkata: ”Melalui Program ‘Jantung Sihat’ YJM yang disokong oleh Quaker, kami menggesa ibu bapa memberi komitmen dalam mengamalkan gaya hidup sihat supaya menjadi teladan kepada anak-anak.

”Itulah hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada mereka.”

Berikut tujuh langkah terbaik untuk menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

1. Berikrar

Ikrar adalah sumpah untuk tidak melakukan suatu perkara. Dalam kes ini bermaksud anda ingin menjalani gaya hidup sihat dengan mempraktikkan tabiat baik dan menjauhi yang buruk.

2. Nilai kesihatan jantung anda

“Risiko seseorang mendapat penyakit jantung koronari dan penyakit berkaitan pembinaan plak, dan diabetes Jenis 2, bergantung kepada faktor risiko metaboliknya.

“Risiko faktor metabolik adalah obesiti abdomen, tinggi LDL kolesterol (“jahat”), rendah HDL kolesterol (‘baik’), tinggi tekanan darah dan glukosa dalam darah. Lebih banyak faktor risiko metabolik, lebih tinggi risiko mendapat penyakit jantung,” kata Dr. Khoo

Untuk bacaan tepat risiko anda terhadap penyakit jantung, belia menasihatkan anda mengukur lilitan pinggang dan lakukan ujian darah. Anda juga perlu jujur dalam menilai diri dan gaya hidup. Adakah anda gemuk? Adakah anda ambil makanan rendah lemak, berserat tinggi? Adakah anda selalu bersenam? Adakah anda merokok? Tanya mengapa amalkan tabiat tersebut. Adakah anda merokok untuk elak tekanan? Adakah tabiat makan yang buruk disebabkan pengurusan masa yang tidak teratur?

3. Tetapkan sasaran

Sasarkan berat badan, lilitan pinggang, kolesterol darah, tekanan darah dan glukosa darah anda berada di julat sihat. Khususkan sasaran anda dan berikan tempoh akhir.

Contohnya, jika anda perokok, beri masa tiga bulan untuk berhenti. Jika anda tinggi kolesterol darah, berusaha untuk menurunkan kolesterol LDL dan tingkatkan HDL dalam 30 hari.

4. Atur strategi

Tetapkan strategi berdasarkan nasihat pakar (rujuk Jadual B). Jika anda mahu menurunkan kolesterol darah, seeloknya anda tahu bagaimana kolesterol berlebihan dalam darah boleh menyebabkan penyakit jantung. Sekiranya anda buat rujukan, anda akan tahu bahawa perkara yang paling efektif untuk jantung adalah mengambil makan berserat tinggi, terutamanya oat larut (beta-glukan) yang boleh menurunkan kolesterol dalam darah secara klinikal.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (FDA), diet tinggi oat atau bran oat dan rendah lemak tepu serta kolesterol boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Perunding Diet Indra Balaratnam memberi nasihat membina. “Salah satu strategi untuk turunkan kolesterol adalah makan dua mangkuk oat setiap hari. Ia sebanyak 70 gram oat, di mana ia membekalkan 3 gram beta-glukan yang menurunkan paras kolesterol dalam darah secara efektif.”

“Oat juga pilihan terbaik jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan kerana ia 100 peratus semulajadi, rendah lemak dan anda berasa kenyang lebih lama.”

Adakala strategi anda memerlukan nasihat professional. Contohnya, jika anda terlalu gemuk, bertekad untuk menurunkan berat dengan cara sendiri akan membawa kepada kekecewaan dan mungkin gagal.

Jadual B Prinsip-prinsip gaya hidup sihat

l Berhenti merokok.

l Turunkan berat badan.

l Ambil makanan berserat tinggi dan rendah lemak tepu, lemak trans dan kolesterol.

l Utamakan oat untuk nikmati kebaikan serat oat larut (beta-glukan) yang menurunkan kolesterol.

l Kekal berat badan sihat dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

5. Kongsi bersama

Jangan simpan rancangan anda. Kongsinya bersama pasangan, rakan malah anak-anak. Sokongan yang tersayang membantu memotivasikan anda, terutama pada waktu sukar. Mereka membantu anda berada di landasan yang betul dan siapa tahu, mungkin menyertai anda!

6. Laksana dan awasi

Tiba masanya untuk bertindak. Buat keputusan bijak setiap hari untuk mengawal tabiat anda seperti pilihan makanan dan senaman. Berbangga dengan diri anda apabila membuat pilihan bijak. Awasi perkembangan dengan menulis log pengambilan makanan dan senaman. Simpan rekod mingguan ukuran lilitan pinggang sekiranya anda ingin mengurangkan lemak di perut.

7. Nilai dan susun semula strategi

Bila anda sampai ke tarikh akhir, jalani ujian darah untuk mengetahui bagaimana keadaan anda. Jika anda patuh dengan prinsip hidup sihat, anda mendapati lilitan pinggang, berat badan serta bacaan lain akan terletak di dalam julat sihat.

Jika usaha anda tidak berjaya, masih ada masa untuk menyusun semula strategi. Dapatkan nasihat professional jika perlu.

Usaha yang anda ambil untuk gaya hidup sihat akan memberi impak besar kepada anak anda. Dengan mempraktikkan tabiat jantung sihat, anda bukan saja merendahkan risiko penyakit jantung tetapi juga kepada anak anda. Artikel ini adalah sumbangan Program Jantung Bijak Quaker yang menyokong Program Jantung Sihat Yayasan Jantung Malaysia.

Apakah Perbezaan Antara Serangan Sakit Jantung dan Serangan Stroke?


Terdapat segelintir orang yang masih keliru apakah perbezaan di antara serangan sakit jantung dan serangan stroke. Ada pula yang ingat bahawa ia adalah dua istilah yang berbeza yang merujuk kepada perkara yang sama.
Tidak Sekali! Sungguh pun sakit jantung dan serangan stroke berpunca daripada faktor yang sama, iaitu kandungan kolesterol yang tinggi yang menyebabkan tekanan darah tinggi dan kesumbatan kapilari darah. Tetapi kedua-dua keadaan tersebut adalah berbeza.
Serangan sakit jantung adalah keadaan di mana terdapat kerosakan pada otot jantung, ekorang daripada pengurangan pengaliran darah yang membawa oksigen dan nutrien kepada sel-sel jantung.
Ia biasanya bermula apabila terdapa satu plak bekuan kolesterol yang tertanggal daripada dinding saluran darah dan tersangkut pada bahagian kapilari darah yang lebih sempit yang akhirnya menyebabkan kesumbatan pengaliran darah.
Apabila sel-sel otot jantung kesuntukan bekalan makanan dan oksigen, ia akan menjadi semakin merosot dan akhirnya mati dan berhenti berfungsi. Keadaan seperti itu akan menyebabkan serangan sakit jantung secara tiba-tiba.
Bagi serangan stroke pula, ia merupakan satu keadaan di mana salah satu saluran darah utama di otak tersumbat. Saluran darah yang membeku atau pecah akan menyebabkan pemberhentian bekalan darah kepada sel-sel otak yang akhirnya menyebabkan kematian tisu saraf otak yang mengawal fungsi badan tertentu.
Serangan stroke biasanya tidak membawa apa-apa rasa sakit sebelum serangan berlaku. Ia berlaku secara tiba-tiba dan pesakit itu akan pengsan dan kemungkinkan besar menjadi lumpuh pada bahagian tertentu badan.