Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Sunday, February 10, 2013

Petua hilangkan selsema


Penyakit selsema yang dialami membuatkan anda kurang selesa dan tak senang duduk. Langkah awal yang perlu dilakukan supaya selsema anda tak melarat adalah banyakkan meminum air kosong. Kurangkan juga pengambilan makanan berminyak serta makanlah makanan yang mudah dicerna.

Selepas itu, ia boleh disusuli dengan dua petua hilangkan selsema di bawah. Masing-masing adalah kaedah rawatan selsema untuk orang dewasa dan juga bayi (atau anak anda).


Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.

Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 23, 2013

Terseliuh Mengambil Masa Lama Untuk Sembuh.

Umum sudah mengetahui iaitu bilamana seseorang sudah terbabit dengan seliuh yang teruk,terutamanya di sekitar pergelangan kaki dan buku lali,ianya terpaksa memakan  masa yang berminggu-minggu untuk dipulihkan kembali kecuali rawatan itu melibatkan sama urut tradisional.


Jangan Diurut Di Tempat Yang Terseliuh Tetapi Letakkan Ais.

Dalam hal ini, pelu dijelaskan kepada anda supaya jangan lupa segera mencari rawatanurut tradisionalselepas 48 jam ke atas dari mana-mana tukang urut tradisional sekiranya anda terbabit dengan seliuh yang teruk.Biasanya,selepas terjadi seliuh,anda haruslah mengambil ais samada dibungkus dengan kain,kemudian lekapkan pada tempat yang terseliuh tadi berulang-ulang kali.Ini untuk mengelakkan darah di tempat yang terseliuh tadi daripada terus menjalar ke saraf berhampiran dan akibat itu akan membuatkan tempat tersebut lebam dan merah dengan luasnya.Satu lagi,jangan diurut tempat yang terseliuh tadi kerana tempat terseliuh tadi telah luka(terkoyak tisu).Jika kita sentuh dan urut di tempat tadi,ini akan membuatkannya bertambah teruk dan teruk.
Selepas mengikut step ini,tunggu 24-48 jam untuk ia membeku dan seterusnya berjumpalah tukang urut tradisional untuk mendapatkan rawatan urut tradisional di tempat yang terseliuh tadi unuk membuang segala darah beku yang berkumpul tadi.
Alternatif lain adalah,anda juga bolehlah mengambil ubat-ubatan di farmasi atau rumah sakit yang boleh menyegerakan pemulihan otot-otot atau urat yang bengkak di sekitar tempat terbabit.
Sepanjang kajian,jelas terbukti bahawa rawatan urut tradisional bagi kes terseliuh adalah sepuluh kali ganda lebih cepat berkesan jika dibandingkan dengan kaedah rawatan secara moden.Ini terbukti bilamana seseorang yang terseliuh teruk di pergelangan kaki dan buku lali yang tidak boleh berdiri dan berjalan,didapati boleh berdiri semula dan berjalan secara perlahan sesudah dirawat dengan rawatan urut tradisional selama 30 minit.

Terseliuh Terbahagi Kepada 3.

Menurut kajian,kes terseliuh terbahagi kepada 3 jenis di mana ia dinamakan terseliuh di hadapan,terseliuh di belakang,dan terseliuh di pihak rusuk.
Tanda Terseliuh Hadapan:
1. Terdapat tanda-tanda lebam dan bengkak warna hitam di sebelah hadapan pergelangan tangan atau kaki salah satu yang terbabit.Orang yang terseliuh akan merasa terlalu sakit apabila tangan atau kakinya ditolak ke atas tetapi kurang rasa sakit bila digerakkan ke bawah.
Tanda Terseliuh Belakang:
1. Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah belakang,bawah tapak tangan atau kaki salah satu yang telibat.Orang yang terseliuh akan merasa amat sakit bila tangan atau kakinya atau salah satu yang terbabit digerakkan ke bawah tetapi kurang merasai sakit apabila digerakkan ke atas.

Tanda Terseliuh Rusuk:

1. Terdapat tanda-tanda lebam bengkak warna hitam di sebelah kiri buku lali jika terseliuh berlaku di kiri kaki dan begitulah sebaliknya.Si terseliuh akan merasa amat sakit bila anggota terbabit digerakpusing ke kiri sekiranya seliuh terjadi di kiri dan begitulah sebaliknya.
Di antara 3 jenis terseliuh yang disebutkan,terseliuh rusuklah yang paling rumit sekali untuk diurut dengan rawatan urut tradisional.Perlu diingatkan,rawatan urut tradisional bagi kes terseliuh rusuk ini adalah yang paling sakit sekali dirasai oleh seseorang berbanding dengan rawatan urut tradisional lain-lain masalah.Oleh itu disarankan kepada sesiapa sahaja yang mengalami seliuh yang teruk supaya terlebih dahulu mendapat suntikan ubat kebas dari hospital atau klink sepertimanayang dilakukan ke atas pesakit gigi yang hendak dicabut.Tujuannya adalah untuk mengurangkan rasa terlalu sakit bila diurut dengan urut tradisional.Kalau bolehlah.Kalau tidak boleh,hanya ikut segala step yang telah disebut pada  mula-mula perenggan di atas.
Satu perkara yang harus disebutkan di sini adalah,kepada mereka yang terbabit dalam kes terseliuh supaya berhati-hati dalam pengambilan makanan harian sepanjang rawatan urut tradisional dilakukan.Dengan kata-kata,anda haruslah berpantang atau mengelakkan dari mengambil beberapa jenis makanan dan minuman sepanjang rawatan  urut tradisional kes anda dilakukan.
Dengan berbuat begitu,terseliuh boleh sembuh dengan hanya dalam beberapa hari sahaja.Pengalaman yang lepas menunjukkan bahawa,mereka yang tidak berpantang dengan makanan dan minuman terpaksa memakan masa sampai sepuluh hari untuk sembuh.

Antara makanan dan minuman yang menjadi pantang larang adalah:

1. Air batu.
2. Air bergas seperti 7up dll.
3. Makanan dalaman (Internal Organ).
4.Tauhu atau soya bean.
5. Buah terung dan buah labu.
6. Semua jenis pulut.

Oleh yang demikian,untuk pulih dengan cepat,anda harus mengikut segala langkah yang disebutkan kerana ia telah terbukti.Segalanya tidak akan terjadi tanpa rawatan urut tradisional daripada pakar urut tradisional.

Tuesday, January 8, 2013

Banyak punca sakit kaki


APABILA sakit kaki, seluruh badan akan terasa kesannya. Banyak aktiviti terbatas, malah ada yang tidak dapat dilakukan langsung, terutama bagi individu yang mempunyai berat badan berlebihan, kerana anggota paling teguh itu tidak lagi mampu menampung beban.

Sakit kaki memang merunsingkan, apatah lagi jika ia menjadi aset penting untuk mencari rezeki, seperti ahli sukan dan model. Hatta, bagi orang biasa pun kaki perlu dijaga rapi untuk memastikan kelancaran rutin harian.

Ada yang memilih refleksologi untuk meredakan kesakitan atau lenguh kaki. Malah, ada yang sanggup membelanjakan ratusan ringgit mencari kasut yang dapat menyerap hentakan dan mengurangkan bebanan pada kaki ketika berjalan.

Tidak kurang juga yang mengambil pendekatan lebih menyeluruh mendapatkan urut atau membelai diri di spa.

Moden atau tradisional, matlamatnya sama. Penasihat Podiatris iaitu pakar penjagaan kaki, Brendan Bergin, berkata masalah sakit kaki dihadapi hampir semua orang, terutama apabila semakin tua.

Banyak punca boleh menyebabkan sakit kaki, antaranya berdiri terlalu lama, ketidakstabilan badan, cengkam kuku, bunion (bengkak pada sendi antara ibu jari dan tulang jari yang pertama), kalus (kulit kematu), tekanan daripada bahagian bawah belakang badan, plantar fasciitis, bentuk lengkung tapak kaki, kaki leper, kaki terlalu lebar atau kecil, juga akibat penyakit seperti kencing manis, artritis dan kecacatan sejak lahir.

Kebanyakan orang tua berumur antara 40 hingga 60 tahun mengalami sakit kaki akibat plantar fasciitis, iaitu kesakitan pada bawah tumit apabila cuba berdiri pada awal pagi sebaik bangun tidur.

Penyokong badan

Satu perempat daripada tulang di badan kita ada di kaki yang menjadi asas dan penyokong kepada badan. Masalah pada buku lali, lutut, bahagian bawah belakang badan mahupun sakit bahu boleh menyebabkan kaki anda turut berasa sakit.

Malah, pemilihan kasut yang tidak sesuai dengan aktiviti juga antara penyumbang utama kepada kesakitan kaki. Lama kelamaan ia boleh mengubah struktur kaki atau bentuk kaki dan mempengaruhi cara berjalan yang akhirnya menyebabkan kesakitan sepanjang hayat.

?Sebaik-baiknya kenal pasti dulu punca kesakitan kaki yang dialami, sama ada ia memerlukan rawatan khusus atau sekadar faktor luaran. Jika kesakitan berpunca daripada masalah mekanikal dalam kaki, lebih baik jika ia dirawat menggunakan kaedah moden.

?Bagaimanapun, ia bukan bermakna refleksologi tidak bagus. Setiap rawatan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tidak ada yang 100 peratus sempurna dan pesakit perlu mencuba beberapa kaedah bersesuaian dengan mereka. Bergantung kepada tujuan sebenar mendapatkan refleksologi, tetapi jika ia membabitkan masalah kaki, lebih baik jalani pemeriksaan dulu,? katanya.

Cara sebaik-baiknya adalah mendapatkan pemeriksaan terperinci daripada pakar apabila kaki sakit untuk memastikan puncanya kerana banyak kaedah boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini.

Contohnya, jika sakit kaki disebabkan masalah mekanikal, ia boleh dibantu dengan penggunaan alat sokongan khas seperti pelapik tapak kaki yang dibuat khas mengikut bentuk kaki setiap orang dan dimasukkan ke dalam kasut.

Pelapik ini membantu meratakan bebanan badan pengguna supaya beban berat badan tidak hanya tertumpu pada satu tempat dan membolehkan mereka bergiat cergas tanpa masalah.

Ia dapat mengelakkan lebih banyak kecederaan pada kaki dan pada masa sama memberi peluang kecederaan itu pulih.

Pun begitu, pelapik ini bukan penyelesaian kepada semua masalah kesakitan kaki. Ada banyak kes, pesakit perlu dirujuk kepada pakar lain atau menjalani latihan fisioterapi.

Malah, masalah sakit kaki (atau sebarang jenis sakit) juga ada kalanya perlu diselesaikan dengan rawatan fisioterapi. Bagi ahli fisioterapi, Manikandan Narayanan, urutan memang baik untuk melancarkan aliran darah, tetapi ia bertindak secara luaran dan hanya mengurangkan simptom.

Rawatan fisioterapi bertindak melalui tiga cara iaitu meredakan simptom, merawat punca dan memberikan semangat untuk sembuh. Malah, pusat rawatan tertentu menyediakan mesin khas untuk meredakan sebarang jenis kesakitan menggunakan gelombang bunyi dengan frekuensi antara 2,000 hingga 5,000 Hz.

Katanya, paling penting, pastikan setiap anggota, termasuk yang sakit, digerakkan walaupun secara perlahan-lahan untuk mengelakkan otot menjadi keras dan tidak anjal.

Sunday, December 30, 2012

Tumbuhan Sebagai Ubat-Ubatan


Malaysia memang terkenal dengan kekayaan hutan tropika yang meliputi sebahagian besar daripada muka buminya. Tumbuhan yang segar ini bukan sahaja menyaman dan mengindahkan persekitaran, tetapi juga mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaan ini jelas menunjukkan kebesaran Tuhan dan betapa sedikitnya ilmu yang ada pada manusia. Betapa tidaknya, jika diteliti dan dikaji, hampir setiap tumbuhan yang dijadikan oleh Tuhan, semuanya mempunyai kegunaan dan keistimewaan yang tersendiri. Sebahagian besar daripada tumbuhan dapat dijadikan ubat; apa yang perlu ialah ilmu dan kajian yang mendalam mengenai sesuatu tumbuhan itu.
Penggunaan tumbuhan di dalam bidang perubatan tradisional telah lama berlangsung sejajar dengan kewujudan manusia itu sendiri dan diamalkan sebagai rawatan utama atau pilihan oleh semua masyarakat dan kaum. Contohnya, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan kira-kira 70-80 peratus dari penduduk dunia masih lagi bergantung kepada sistem perubatan tradisional di dalam penjagaan kesihatan asas, manakala di China sistem tradisional telah digunakan sebagai rawatan asas dalam lebih 40 peratus daripada masalah kesihatan dan penjagaan kesihatan.
Pada umumnya yang dimaksudkan dengan ubatan tradisional adalah ramuan dari tumbuhan-tumbuhan yang berkhasiat atau dikatakan berkhasiat sebagai ubat. Khasiatnya diketahui dari penuturan orang-orang tua atau dari pengalaman. Orang-orang Melayu telah sekian lama mengamalkan cara pengubatan yang menggunakan tumbuhan, sama ada ia berasal dari hutan, sekitaran atau ditanam khas untuk tujuan ini. Berbagai-bagai jenis tumbuhan telah diketahui boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dan digunakan dalam perubatan tradisional. Penggunaan tumbuhan dalam perubatan perlulah dilakukan dengan teliti dan berhati-hati. Sepatutnya ia hanya boleh diamalkan oleh orang-orang yang berpengetahuan mengenainya, seperti ahli perubatan tradisional atau ahli herba. Walau bagaimanapun, terdapat juga mereka yang mencuba pengubatan tradisional ini dengan sendiri untuk menyembuhkan beberapa penyakit yang tidak berbahaya. Pengalaman mengajar mereka apakah jenis-jenis tumbuhan yang boleh dan tidak boleh di makan. Perhubungan antara rupa bentuk, warna atau bau sesuatu tumbuhan itu sering dikaitkan dengan jenis penyakit yang ingin diubati. Ia merupakan salah satu cara yang penting dalam menentukan tumbuh-tumbuhan yang boleh digunakan untuk tujuan perubatan.

Friday, December 7, 2012

Khas buat pengguna Minyak Traditional Malaysia

Bagi Tuan/Puan yang berhajat menunaikan Umrah daripada 8hb hingga 18hb Feb,2013 bolehlah buat tempahan mulai sekarang. Lekas kerana tempat adalah terhad. Pakej ini di bawah pengelolaan Muhammadiah Travel and Tours dengan beberapa ciri-ciri istimewa . Untuk keterangan lanjut e-mail aroslan@operamail.com. Cepat kerana TERHAD!. ( rujuk risalah )












































Saturday, December 1, 2012

PROMOSI BULAN MUHARRAM !

Promosi ini sah laku sehingga hujung bulan Muharram 1434H. Harga sebotol RM20, jika belian satu kotak mengandungi 6botol diskaun 10%. Harga di turunkan kepada RM108 sekotak dengan penghantaran POSlaju Semenanjung RM15 sekotak, Malaysia Timur/Singapura/Brunei RM 25. Pengedar di perlukan seluruh Malaysia ( Semenanjung serta Sabah,Sarawak ) termasuk Singapura dan Brunei.MINYAK TRADITIONAL MALAYSIA cap BAHTERA
Hantarkan pesanan serta pertanyaan kepada: aroslan@operamail.com atau ke talian SMS 016-4125989.
Rebut peluang untuk mendapatkan produk yang bermutu serta mendapat pengiktirafan ini. Produk mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. BELI HANYA YANG TERBAIK !

Pernah masuk restoran ni?

modern toilet restaurant 001 Restoran Tandas di Taiwan

modern toilet restaurant 002 Restoran Tandas di Taiwan

modern toilet restaurant 006 Restoran Tandas di Taiwan