Sakit lutut dapat dibahagikan kepada beberapa jenis mengikut gejala yang dialami:
Jenis Masalah LUTUT yang dialami:
· Sakit apabila hendak naik turun tangga, mencangkung atau sembahyang.
Sakit lutut sebegini kerap berlaku pada kaum wanita, terutama yang aktif berkerja serta menjaga rumah tangga. Puncanya adalah dari kepala atau tempurung lutut. Pada peringkat awal beberapa tekinik senaman untuk menguatkan sendi ini amat mujarab. Sila lihat cara latihan ini dilakukan.
· Lutut bengkak dan sakit setelah baru tercedera.
Kecederaan lutut akibat kecederaan sukan atau jalanraya boleh disebabkan oleh kecederaan serius kepada ligament atau struktur lain didalamnya. Mengetahui langkah langkah awal dapat membantu mengurangkan sakit, bengkak serta rawatan lanjutan yang patut dilakukan.
· Lutut sering terpelecok setelah tercedera seketika dahulu
Akibat kecederaan sukan atau jalanraya beberapa minggu atau bulan sebelumnya kini lutut menjadi tidak stabil dan senang terpelecok menyebabkan seseorang itu was was melakukan akitiviti aktiviti lasak.
· Lutut sakit, bengkak dan membengkok.
Akibat kehausan selaput rawan lutut, menyebabkan lutut sentiasa sakit, bengkak dan membengkok. Ketahui rawatan yang dapat dilakukan.
· Lain lain masalah lutut yang jarang dialami



Lebih dari 150 jenis penyakit boleh disembuhkan dengan cara perubatan ini. Antaranya ialah seperti penyakit yang ringan seperti sakit leher dan perut kembung sehinggalah kepada sakit yang agak serius seperti migrain, gout, angin ahmar dan lumpuh. Bagi mereka yang mengalami gangguan saraf seperti terseliuh, sakit pinggang dan sakit lutut amat digalakkan untuk mencuba kaedah ini kerana ia akan memperbetulkan semula saraf yang terganggu dan tersekat. Terapi ini tidak khusus untuk penyakit yang dinyatakan sahaja tetapi penyakit lain juga boleh dirawat seperti gangguan halus,
Rawatan ini tidak seperti mengurut biasa yang memerlukan masa yang lama untuk memulihkan bahagian yang sakit. Hanya dengan beberapa minit sahaja pesakit boleh merasai sendiri gelombang ini berfungsi. Perawat akan menyentuh bahagian – bahagian yang sakit dan mengalirkan gelombang tersebut supaya mana – mana sistem badan yang terganggu dapat dipulihkan. Di tempat itu pembuluh darah membuat titik balik ke berbagai organ-organ tubuh. Apabila satu bahagian tubuh tidak cukup memperolehi aliran darah, organ itu akan menjadi sakit. Melalui Terapi Saraf ini, cedera baru dan lama boleh disembuhkan. Tumpuan dan ingatan dapat dipertingkatkan.