Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Monday, November 26, 2012

KEGEMUKAN

Berat Badan Yang Melampau Bagi Umur Seseorang

Seseorang yang mempunyai berat badan 10% melebihi dari berat piawai dianggap gemuk. Orang yang gemuk adalah lebih cenderung mendapat komplikasi kesihatan berbanding populasi normal. Jika berat badan anda melebihi 10% berat piawai, risiko untuk menemui maut lebih awal meningkat sebanyak 9% bagi wanita dan 13% untuk lelaki.

Punca-puncav Memakan berlebihan
v Memakan jenis makanan yang kurang sesuai.e. makanan yang tinggi dalam karbohidrat
v Kekurangan aktiviti dan senaman
v Faktor-faktor genetik
v Gaya hidup
v Faktor-faktor hormonal.
Risiko-risiko
Masalah kesihatan yang bertambah dengan kegemukan
v Penyakit-penyakit jantung
v Darah Tinggi
v Gout
v Masalah pundi hempedu
v Kencing manis
v Osteoatritis pada pinggang, lutut dan tulang belakang
v Lebih cenderung mendapat kemalangan
v Pembengkakkan salur darah pada kaki
v Kemurungan
v Kesusahan semasa kehamilan
Tanda-tanda dan Gejala-gejala
v Peningkatan berat badan
v Kesusahan bernafas
v Kepenatan
v Sakit dan pembengkakkan pada sendi-sendi
Ujian Cubitan

Cubit perut di antara pusat dan tulang pinggul. Ukur "cubitan" itu. Lapik kulit yang melebihi  25mm (1 inci) menunjukkan berat yang berlebihan.
Perkara-perkara Yang Perlu Dielak
v Gula - Jangan makan kek-kek, biskut-biskut, jem, makanan-makanan pencuci mulut dan
    jangan minum minuman ringan.

v Makanan bergoreng - lebih baik dipanggang.
v Lemak - Gunakan minyak, mentega dan marjerin yang sedikit. Jangan makan kulit ayam
    dan lemak pada daging.

v Diet sementara yang ganjil-ganjil.
v Makanan-makanan yang berlebihan - “Lebih baik membuang dari menambah kegemukan”
Tabiat-tabiat Baru
v Pilih tempat untuk memakan di tempat kerja dan tempat tinggal. Makan hanya di tempat
    tersebut setiap masa.

v Makan sambil duduk.
v Jangan makan sambil menonton televisyen.
v Makanan-makanan segar yang pelbagai, seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang
    memberikan vitamin-vitamin dan garam-garam galian.

v Senam - berjalan di awal pagi, berlari atau berenang membakar lemak secara berterusan
    sehingga 16 jam.

v Rancang diet mingguan anda dan ikutinya. 
v Jangan beli makanan melebihi keperluan. 
v Jangan pergi membeli-belah dan membeli makanan semasa lapar.
v Apabila anda keluar untuk makan malam atau jamuan, makan sedikit pada awal
    sebelumnnya dan sedikit pada hari kemudiannya.

v Kurangkan minuman beralkohol.
v Setiap hari, fikirkan sebab mengapa anda harus kurangkan berat badan anda.

Penukarganti Kalori Rendah

PENUKARGANTI KILOJUL RENDAH

KUMPULAN MAKANAN
PILIHAN BERTENAGA TINGGI
KJ
PILIHAN BERTENAGA RENDAH
KJ
SARAPAN PAGI
Daging dan penukargantinya
2 biji telur goreng
900
2 biji telur rebus
650
Buah dan Sayur
1 cawan (250ml) jus oren
540
Sebji buah oren segar
245
Roti dan Bijirin
1 “croissont”
420
1 keping roti berserat tinggi yang dibakar
230
Tambahan
2 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu
300
1 sudu the mentega atau marjerin poli-tak-tertepu
150
 
2 sudu the jem (10 ml)
460
  
 
Kopi dengan krim berganda dan gula
530
Kopi “O”
0
MAKAN TENGAHARI
Susu  dan hasilan tenusu
1 cawan (250ml) susu segar
670
1 cawan susu skim
370
 
1 cawan (250ml) sup krim
600
1 cawan (250ml) sup biasa
230
Daging dan penukargantinya
1 sanwic kelab
2510
Sanwic dengan 1 kepingan ayam
1260
Buah dan Sayur
½ cawan (125ml) kolslaw dengan mayonis
370
½ cawan (125ml) kolslaw dengan cuka
80
Tambahan
1 keping (120g) pai epal
1350
I epal bersaiz sederhana
360
MAKAN MALAM
Susu  dan hasilan tenusu
1 cawan (250ml) susu segar
670
1 cawan susu skim
370
Daging dan penukargantinya
1 keping ikan digoreng dengan adunan tepung
1630
3 oz. (90g) ikan panggang dengan limau
590
Buah dan Sayur
12 cip ubi kentang
½ cawan (125ml) brokoli dengan sos keju
780
250
I ubi kentang dibakar
½ cawan (125ml) brokoli dengan jus limau
400
110
Roti dan Bijirin
1 keping roti berserat tinggi dengan 2 tepukan mentega
530
1 keping roti berserat tinggi
230
Tambahan
½ pai epal
Kopi dengan krim berganda dan gula
1710
530
1epal yang kecil
Kopi “O”
240
0


Nikmati


  1.   Kesihatan yang lebih baik.
  2.  Tampak lebih baik.
  3.  Pergerakan yang lebih mudah.
  4.  Kemudahan membeli baju.
  5.  Keyakinan diri yang lebih tinggi.
  6.  Merasa lebih cergas dan mempunyai tenaga yang lebih tinggi

No comments:

Post a Comment