Kama Raja - 5,000 Year Old Formula for Penis Enhancement!

Monday, October 15, 2012

Urut Tradisional

Catitan:Azrin Abdul Karim.
Mengurut seorang pesakit bukanlah semudah yang disangkakan, tetapi ia ada cara dan seni tersendiri yang harus dipatuhi oleh tukang urut.Ada tukang urut mewarisi dan mempelajari cara mengurut dari ibu, ayah, datuk atau nenek mereka, ada juga yang mempelajarinya secara khusus untuk mendapatkan ilmu tersebut.
Pada dasarnya mengurut adalah bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah. Peredaran darah yang mengalir melalui jaringan dan pembuluh darah ibarat sungai-sungai yang dialiri air, iaitu pembuluh dan susunan saraf pada tubuh manusia. Jika perjalanan darah tidak lancar maka timbullah pelbagai penyakit yang mengganggu kesihatan seseorang itu.
Aliran darah yang mengalir keseluruh tubuh melalui pembuluh dan saraf-saraf, adalah seperti sungai, jika sungai, itu ada sampah atau kotoran-kotoran yang menghalang, maka aliran air sungai itu tidak akan lancar, begitu juga dengan pembuluh yang dilalui oleh darah tersumbat atau tidak normal, membuatkan aliran darah tidak lancar.
Oleh itu otot-otot dan jaringan tubuh akan kekurangan bahan makanan dan mineral, kerana darah yang mengirimnya terlambat atau tidak mencukupi keperluan. Akibatnya timbullah rasa sakit, nyeri atau lelah.
Jika aliran darah terlambat bererti saraf yang dipakai lalu lintasnya terganggu, perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarut-larutan, akibatnya ada organ tubuh yang terganggu dan tidak normal atau sakit. Misalnya pembuluh darah atau saraf yang berada di daerah pinggang atau peha terganggu maka otot-otot, atau sel-sel didaerah itu mengalami kekurangan bahan sari makanan atau oksigen, jika dibiarkan timbullah rasa nyeri di keliling pinggang atau letih lesu. Oleh itu daerah saraf atau pembuluh darah perlu dilakukan urutan agar tidak lagi terganggu.

Teknik Mengurut Yang betul
• Dengan ibu jari dan jari tangan.
• Dengan bantuan benda seperti duit syiling dan biji salak.
Bila Waktu Pesakit Boleh Di Urut
Jika anda hendak mengurut hendaklah difikirkan waktu
yang sesuai bagi pesakit untuk di urut.
Yang harus anda fikirkan adalah seperti berikut:
• Lima minit sesudah atau sebelum makan.
• Urut ketika seseorang itu sihat (Tidak demam).
• Lakukan pada waktu pagi atau petang.
• Jika seseorang itu demam panas atau mengalami penyakit kronik, jangan dilakukan urutan.
Bagaimana Dapat Kita Mengetahui Ciri-ciri Tukang Urut Yang Mahir?
• Pelanggan akan dapat menilai kemahiran tukang urut dengan hasil urutan yang mereka terima. Anda dapat rnerasai kemahiran tukang urut sekiranya sebelum diurut badan anda terlalu letih tetapi selepas diurut badan anda terasa segar dan bertenaga serta ringan di seluruh badan.
Selain itu tidak ada -tanda-tanda lebam, merah terluka kerana terkena kuku dan tempat yang sakit tidak semakin teruk sakitnya.
Tukang urut yang tidak mahir dapat dikesan melalui:
1. Kuku jari tukang urut panjang.
2. Cara kedudukan tukang urut yang sering berubah-ubah tempat dalam masa yang singkat ketika mengurut.
3. Sering jadi urutan yang menyebabkan pelanggan mengeluh kesakitan.
4. Pelanggan lebih-merasa letih, penat dan sakit sesudah diurut.
5. Terdapat tanda calar, lebam, luka di badan pelanggan kerana urutan yang kuat terkena jari atau kuku.
6. Suka membongkok, memusing atau mematahkan sendi melebihi tahap pergerakan satu-satu anggota.
7. Bila mengurut pelanggan yang terseliuh beserta bengkak yang besar berwarna kebiruan, ia terus mengurut di tempat bengkak dan bukannya mencari punca-punca urat yang ada hubung kaitnya dengan tempat yang bermasalah.
Terdapat tiga bahagian dalam kaedah mengurut seluruh badan iaitu meniarap, terlentang dan duduk. Bahagian yang

perlu diurut ketika meniarap ialah:
1. Urut tapak kaki
2. Urut betis/ labu betis
3. Urut belakang peha
4. Urut pinggang/ isi punggung dan pinggang
5. Urut belakang
6. Urut urat belikat
7. Urut belakang lengan bahagian kedua diurut semasa terlentang:
1. Urut betis tepi tulang kering
2. Peha luar dan dalam
3. Urut perut
4. Urut sudu Kati dan rusuk
5. Urut lengan dan ketiak
6. Urut buah dada
7. Urut muka/ mata/ pipi

Bahagian yang diurut ketika duduk
1. Urut bahu dan leher
2. Urut belakang leher dan kepala
3. Urut tangan dan tapak tangan/jari

Mengenal Pasti Keadaan Urat Saraf

Perkara ini penting kepada sesiapa sahaja yang akan muncul sebagai tukang urut. Ini kerana, seorang tukang urut perlu mempunyai pengetahuan tentang urat saraf yang ada hubung kaitnya dengan anggota lain. Misalnya datang seorang yang mengadu mempunyai masalah salah bantal (keadaan dimana seseorang itu tidak boleh memusingkan kepala atau berpaling ke kanan atau ke kiri selepas bangun dari tidur). Langkah pertama yang perlu diambil ialah kenal pasti terlebih dahulu urat saraf yang berhubung kait dengan masalah tadi. Urat yang membawa masalah kepada leher biasanya, terletak di sekitar urat belikat. Oleh itu, urutlah lebih dahulu di sekitar urat belikat dan anda akan menemui urat yang keras dan menegang, urutlah perlahan sehingga ianya menjadi kendur, perlahan-lahan urutkan pula ke arah leher dan bahu.

Mengetahui Beza Antara Tulang Dan Urat

Jika seseorang tukang urut tidak dapat membezakan antara tulang dan urat, matlamat pelanggan untuk mencari keselesaan melalui kaedah urutan tidak akan tercapai, malah mungkin berlaku kemalangan yang lebih teruk sekiranya tukang urut tersalah urat pada tulang pelanggannya.

Memang satu kerja yang agak rumit untuk membezakan antara tulang dan urat kerana kadangkala anda bertemu dengan tulang-tulang yang terlalu lembut khususnya di sekitar belikat dan bahu yang dirasai seakan-akan urat bengkak.

Jenis-jenis Urat

Urat biasanya tergolong dalam tiga kategori. Mengikut pengalaman tukang-tukang urut, urat dalam tubuh manusia merangkumi urat pada tubuh yang sihat. Urat orang yang sakit dan urat orang yang mati sebelah badan atau paralysis.

Urat-urat ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar, sebaliknya hanya dapat dirasa oleh tukang-tukang urut yang mahir melalui sentuhan jari. Urat yang tegang dan bengkak pula terbahagi kepada dua bahagian, pertama urat yang telah lama bengkak dan kedua urat yang baru bengkak.

Urat yang sudah lama bengkak dan tegang akan terasa keras sedikit sementara yang baru bengkak ianya agak lembut dan senang dikendurkan. Sama ada yang baru atau lama bengkak, ianya akan menjadi penyebab terjadinya rasa lenguh-lenguh apabila banyak berjalan, mudah tersentak atau terjadinya simpul biawak, mudah terasa kebas-kebas mudah di serang sakit bahu dan belakang.

Monday, October 8, 2012

FAKTA KESIHATAN



Menurut statistik dari Persatuan Kesihatan Dunia (WHO), penyakit sakit jantung merupakan “Pembunuh No. 1” kepada penduduk sedunia. Ramai penduduk manusia diragut oleh pembunuh tersebut.
Menurut statistik juga, lebih daripada 70% sistem peredaran darah orang dewasa tergendala. Mereka berada dalam kategori sub-sihat dan berisiko terhadap penyakit kronik seperti strok, tekanan darah tinggi, sakit jantung dan arteriosklerosis.
Penyakit akan timbul jika sistem peredaran darah tidak lancar.

Penyakit Serebral-Kardiovaskkular: Kandungan lemak dalam darah terlalu tinggi, darah terlalu likat, tekanan darah tinggi, pitam, trauma, sakit jantung dan sebagainya.

Penyakit Sistem Saraf dan Sistem Endokrin: Penyakit lemah saraf, ketidakupayaan saraf sistem saraf, ketidakupayaan sistem endokrin, penyakit kronik renal, penyakit kencing manis dan sebagainya.

Penyakit Sistem Respirasi: Rhinitis sensitive, jangkitan peparu, ketidakupayaan peparu dan sebagainya.

Penyakit Sistem Pencernaan: Ulser gastric, radang perut dan usus dan sebagainya.

Masalah Sub-Kesihatan: Masalah kesihatan yang berkaitan dengan kecantikan, pemulihan, ortopedik, organ deria, ginekologi, hepatitis B dan sebagainya.

Apa itu Terapi Saraf dan Apakah Kesannya?

Rawatan Terapi Saraf merupakan satu lagi kaedah refleksologi yang dipermodenkan kerana ia bukan hanya sekadar mengurut atau memicit ditelapak tangan dan kaki sahaja tetapi ia diiringi dengan penggunaan gelombang letrik. Cara ini tidak merbahaya. Ia sesuai dilakukan kepada golongan kanak – kanak sehinggalah orang tua.




Pada dasarnya, refleksologi adalah memperlancarkan kembali aliran darah melalui tekanan. Ramai orang mengetahui cara perubatan ini dan mempraktikkannya. Ia merupakan suatu seni untuk meningkatkan potensi perkembangan diri, pencapaian dan juga keberkesanan optimum dalam pelbagai aspek kehidupan. Ini kerana selain dari mengubati pelbagai penyakit,mereka yang mempunyai kejutan emosi, dendam, marah, kenangan sedih dan kesan negatif dari pengalaman juga dapat diredakan dalam waktu yang singkat.

Rangsangan terapi telapak tangan atau kaki ini memberikan tindakbalas secara langsung melalui perbagai hubungan dan komunikasi otak. Ini kerana tapak tangan dan kaki terdapat banyak sekali jaringan saraf sehingga membuatkan tangan dan kaki kita sensitif .Jaringan saraf ini pula berhubungan dengan otak. Ini bererti apabila di dalam tubuh timbul penyakit, isyarat akan segera disampaikan ke otak dan dari otak terus ke isyarat tangan atau kaki.
 
Lebih dari 150 jenis penyakit boleh disembuhkan dengan cara perubatan ini. Antaranya ialah seperti penyakit yang ringan seperti sakit leher dan perut kembung sehinggalah kepada sakit yang agak serius seperti migrain, gout, angin ahmar dan lumpuh. Bagi mereka yang mengalami gangguan saraf seperti terseliuh, sakit pinggang dan sakit lutut amat digalakkan untuk mencuba kaedah ini kerana ia akan memperbetulkan semula saraf yang terganggu dan tersekat. Terapi ini tidak khusus untuk penyakit yang dinyatakan sahaja tetapi penyakit lain juga boleh dirawat seperti gangguan halus, sihir , saka dan meroyan.Tahap penyakit pula ada 2 kategori iaitu penyakit yang mudah disembuhkan dan agak sukar disembuhkan. Yang mudah disembuhkan dengan cara ini adalah pengsan, asma, jantung lemah (tidak kronik), sakit kepala, sakit sendi, otot kejang, dan selsema. Penyakit yang agak sukar disembuhkan antara lainkanser , lumpuh dan urat saraf yang sudah tidak berfungsi (contohnya mengambil ubat secara berterusan), strok dan lain-lain.
 

Rawatan ini tidak seperti mengurut biasa yang memerlukan masa yang lama untuk memulihkan bahagian yang sakit. Hanya dengan beberapa minit sahaja pesakit boleh merasai sendiri gelombang ini berfungsi. Perawat akan menyentuh bahagian – bahagian yang sakit dan mengalirkan gelombang tersebut supaya mana – mana sistem badan yang terganggu dapat dipulihkan. Di tempat itu pembuluh darah membuat titik balik ke berbagai organ-organ tubuh. Apabila satu bahagian tubuh tidak cukup memperolehi aliran darah, organ itu akan menjadi sakit. Melalui Terapi Saraf ini, cedera baru dan lama boleh disembuhkan. Tumpuan dan ingatan dapat dipertingkatkan. dan rasa tertekan serta tegang boleh diusir.Pada permulaannya mungkin pesakit akan terasa perit pada tempat yang disentuh kerana aliran itu tetapi lama kelamaan ia akan kembali normal semula apabila perawat dapat mengenalpasti bahagian yang perlu diperbetulkan kerana rasa sakit itu bergantung pada berat dan ringannya penyakit.

Kaedah ini tidak boleh dilakukan sekali sahaja tetapi hendaklah dijalani dengan beberapa kali rawatan. Ini kerana kebanyakan penyakit yang sedang dihidapi mungkin telah dihidapi pesakit semenjak 5 hingga 10 tahun dahulu. Mustahil penyakit yang telah begitu lama ‘beraja’ di dalam tubuh badan boleh dirawat dengan hanya sekali rawatan sahaja kerana pada masa itu telah banyak fungsi – fungsi organ dalaman badan terjejas dan berpotensi menimbulkan pelbagai – bagai jenis penyakit tanpa disedari.

Kaedah ini tidak menuntut biaya yang besar untuk menyembuhkan penyakit kerana tidak semua orang sanggup pergi mendapatkan rawatan yang kebanyakannya memerlukan kos yang agak mahal. Oleh itu, rawatan alternatif Mahsuri memberi peluang kepada mereka yang kurang berupaya dari segi kewangan untuk merawat penyakit mereka tanpa memerlukan perbelanjaan yang besar tetapi mereka mestilah sabar, tekun dan yakin untuk sembuh supaya penyakit yang sedang dihadapi boleh dipulihkan.

Friday, October 5, 2012

Menyegarkan Urat Saraf


Rasa letih dan lesu bagaikan asam garam dalam kehidupan. Pendek kata, lepas melakukan apa jua jenis pekerjaan terutamanya yang berat, mesti anda akan berasa letih. Dah guna banyak tenaga, kan? Normal la tu. :)

Justeru itu, kali ni saya nak berkongsi satu petua untuk menyegarkan urat saraf. Boleh lah juga dikategorikan sebagai petua kesihatan. Sebelum bermula, bahan-bahan asas yang anda perlukan adalah daun nangka, daun pandan dan juga daun serai.


Kalau anda tak kenal bahan asas di atas, meh saya tunjukkan dulu dengan lebih dekat;

gambar daun nangka
Daun Nangka

gambar daun pandan
Daun Pandan

gambar daun serai
Daun Serai


Sekarang anda dah cam bahan-bahannya, kan? Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah;

1. Rebus dulu 3 bahan asas tersebut iaitu daun nangka, daun pandan dan daun serai.

2. Setelah mendidih, biarkan dulu air rebusan itu suam. Lebih kurang suam-suam kuku gitu.

3. Kemudian, air rebusan tu anda buatlah sebagai air mandian. Lakukannya selama 3 hari tau.


Jika tiada sebarang aral, badan anda akan kembali segar dan bertenaga.


Selamat Mencuba!


Tuesday, October 2, 2012

How do you test for allergies?

Knowing if you have an allergy early can save your life later. There are all types of allergies out there, from pets, flowers, insects, and even foods. The good news is that there are options for those with allergies. Sometimesmedications will help, or simply staying away from those allergens will be sufficient. The best news is that you do not have to wait for something bad to happen to know you have an allergybecause there are numerous tests that your doctor can do to see if you do indeed have anallergy. 
These tests can determine the specific allergens that effect you, and why you are seeing specific symptoms. Knowing these will help your doctor prescribe a good course of treatment to reduce your symptoms. 
There are two main types of tests that are done to determine if you have allergies or not. These are blood samples and skin prick tests. With a blood test, a sample is sent to the lab to be analyzed. This type of test is best for young children and babies because it is much easier than several skin tests. Askin prick test is where the patient is pricked numerous times with a series of needles that have a number of allergy triggers. 
Reactions such as red bumps or welts will tell the doctor that the patient does have allergies. Knowing whether you have allergies or not can save your life as some allergies can cause heart problems. 
This is common in bee sting allergies. Preventative treatment, or simply being prepared for a reaction, is always recommended. So talk to your doctor today if you think you may have some sort of allergy. 
You will not regret it.

Does olive oil/minyak zaiton help osteoporosis?

Osteoporosis is a disorder in the bones, and can effect both men and women. Often for women it correlates with menopause. When it does correlate, it is often caused by a mix of hormonal imbalance and joint inflammation. 
Olive oil is great because it can nourish your skeleton directly. Whileolive oil is a fat, it is considered a “good” fat, one that has many benefits. One of the most important benefits that we get from olive oil is that it helps the body breakdown calcium in order for it to be stored in the bones. Olive oil also helps to keep your bone marrow from creating too much fat, which can prevent calcium from depositing into the bones.Olive oil is good for us in another way as well. 
It contains polyphenols, which not only help prevent your blood from clotting, but also work as anti-inflammatories. 
This helps those suffering from osteoporosis because it will alleviate inflammation in the joints, helping to get rid of some of the pain. The best type of olive oil to use for these purposes is extra virgin olive oil. This label means that the leaves are only pressed once to get oil, making this type the one with the highest amounts of health benefits and antioxidants. So if you are going through menopause, or have had problems with your joints and/or osteoporosis, talk to your doctor about adding olive oil into your diet and alleviating the pain.

Monday, October 1, 2012

Apa Itu Sakit Sendi (Arthritis)?

Disebabkan oleh pembengkakkan salah satu sendi,sebarang sendi boleh terlibat.

Terdapat Beberapa Jenis Penyakit Arthritis.

1. Rheumotoid arthritis.
2. Arthritis yang disebabkan oleh gout.
3. Arthritis dari sistem sistem saraf.
4. Arthritis yang disebabkan jangkitan.

Rheumotiod Arthritis (Paling Popular).

Bukan setakat sakit pada satu sendi,malah seluruh sistem badan,kadang-kadang cuaca sejuk menyakitkan lagi sendi-sendi tadi.
Tanda-Tanda Rheumotiod Arthritis.
1. Hilang selera.
2. Kehilangan berat badan.
3. Letih dan lesu.
4. Datang tiba-tiba dengan demam dan bengkak.
5. Sendi tangan dan kaki paling kerap menyerang.
6. Rasa tegang pada sendi bila bangun pagi.
7. Dimulai dengan rasa lemah-lemah dan sakit pada tangan,tapak tangan rasa sejuk dan lembab,sendi-sendi jari membengkak.

Siapa Mendapat Rheumotiod Arthritis.

1. Terutama wanita 3x ganda lebih dari lelaki.
2. Kanak-kanak dipanggil Still’s Diseases.
3. Lebih kerap terjadi dalam cuaca sejuk.

Pemakanan.

1. Jus Anggur – Melarutkan hasil-hasil kalsium tak organik dalam sendi.Campur 1/2 dengan air-1-2 pain sehari.
2. Ceri-ceri hitam segar,mengandungi enzim aktif – Bantu melarutkan.Jangan ambil sebarang makanan selama 12 jam,1-3 hari.
3. Alfalfa (teh),asparagus,barli,lemon,orange yang dikisar dengan satu cawan air.
4. Minum banyak air,sayuran (6,8 gelas sehari)
5. Minyak ikan – 1 biji,3 kali sehari.
6. Evening primrose oil – 2 biji 3 kali sehari.
7. Celery complex.
8. Vitamin C – 200 mg sehari.
9. Vitamin B5 – 200 mg sehari.

Elak Makanan.

1. Tomato.
2. Limau.
3. Kurangkan daging,makanan berasid.
4. Kacang,gandum (jangan banyak makan).
5. Susu pasteur,aiskrim,protin binatang yang berlebihan.
6. Telur masak.
7. Garam,kanji.

Jenis Herba Yang Disyorkan.

1. Herba Mix.
2. Herba Yang/Yin.
3. Herba Wind.
4. Herba Lung.
5. Herba All Plus (sebulan selepas herba yang lain).
6. Herba Fluid.

Rawat Sakit Sendi Dan Rawatan Urut Tradisional.

Ramai sekarang ini orang mengalami sakit sendi terutama orang-orang tua dan wanita-wanita tua @ warga emas.Hal ini terjadi biasanya kepada wanita putus haid disebabkan hormon di dalam badan telah berkurangan dan juga disebabkan kerja kuat dalam mengangkat benda berat yang dilakukan pada usia muda.Disebabkan itu,sendi mulai haus kerana kekurangan hormon tadi.Melalui rawatanurut tradisional,saya akan cuba untuk membuang angin serta toksid yang terdapat di sendi terbabit.Di bawah setiap sendi manusia sebenarnya banyak terkumpul kotoran-kotoran serta toksid yang akan menyebabkan juga sendi menjadi lenguh.Dengan rawatan urut tradisional pembuangan angin dan toksid tersebut,akan dapat melegakan sedikit sakit sendi tersebut di samping dengan penjagaan pemakanan setiap hari.Untuk melegakan sendi seluruh badan,rawatan urut tradisional seluruh badan perlu dan keutamaan adalah pada bahagian sendi.Rawatan urut tradisional ini akan dilakukan untuk membuang juga segala angin di bahagian otot di setiap anggota badan agar darah sihat dapat pergi ke bahagian sendi tersebut.Disebabkan rawatan urut tradisional tadi,segala angin akan dibuang  untuk menjadikan satu peredaran darah yang baik ditambah pula dengan zat dari makanan yang kita ambil.Bagi pesakit,rawatan urut tradisional sakit sendi bagi orang muda adalah lebih mudah berbanding rawatan urut tradisional sakit sendi orang yang berusia.Ini kerana,rawatan urut tradisional sakit sendi orang muda hanyalah untuk membuang angin dan toksid sahaja.Manakala rawatan urut tradisional sakit sendi orang berusia  juga untuk membuang angin dan toksid,akan tetapi mereka mestilah juga menjaga pemakanan mereka seperti yang disyorkan di atas untuk kesihatan pada sendi mereka.Ini kerana sendi orang berusia tidak sama dengan sendi orang yang muda.
Sakit sendi yang dibiarkan tanpa rawatan urut tradisional boleh menyakitkan lagi keadaan anda.
sendi 300x225 Sakit Sendi Dan Rawatan Urut TradisionalUsaha untuk mendapatkan rawatan urut tradisional adalah langkah terbaik kerana tanpa rawatan urut tradisional,sendi hanya mengharapkan kepada makanan atau ubatan yang diambil sahaja.Kita tidak sepatutnya menongkat dagu untuk menanti kesembuhan sendi tersebut.Sendi mesti disentuh atau diberi rawatan urut tradisional untuk merangsang penghasilan enzim yang juga dari rawatan urut tradisional di bahagian lain anggota badan kita.Untuk mendapatkan satu rawatan urut tradisional untuk pemulihan sendi,anda seharusnya memastikan tukang urut tradisional yang akan menjalani rawatan urut tradisional itu adalah seorang tukang urut tradisional yang ada ilmu dan tahu tentang sistem tubuh untuk memberi satu sesi rawatan urut tradisional.